Powered by Blogger.

4 Tabiat buruk yang boleh memendekkan umur

Thursday 7 June 2012



Di dalam banyak hal, ramai berpendapat umur semakin meningkat, tetapi hakikatnya umur sebenarnya semakin menurun, semakin pendek. Dan ada banyak penyebab yang memendekkan lagi umur kita.

4 Kebiasaan di bawah ini yang akan memperpendek umur. Seorang pakar kesihatan, JJ Virgin, mengenalpasti empat kebiasaan sehari-hari yang buruk yang boleh menyebabkan pendek umur.




1. Melewatkan sarapan

Tubuh baru saja 'berpuasa' semalaman sehingga harus mendapatkan tenaga di pagi hari. Agar tubuh kembali bertenaga, anda perlu bersarapan seimbang yang mencakupi protein, lemak, dan karbohidrat sebelum melakukan apa-apa kegiatan. Hati-hati, jika terbiasa tidak sarapan, tubuh anda akan mudah lemas dan tidak bersemangat. Anda akan tampak letih dan tua sebelum waktunya.




2. Tidak bersukan

Jika anda berfikir mendapatkan keseimbangan berat badan hanya melalui diet saja, itu tidak akan berjaya. Anda tetap perlu bersukan. Sukan sangat penting untuk merangsang respon fizik dan hormon yang diperlukakan untuk membangunkan otot dan tulang, serta membakar lemak.



3. Mengambil snek di malam hari

Kebiasaan makan snek di waktu malam sebelum tidur, akan menyebabkan proses pembakaran lemak tidak berlaku dengan baik dan ini akan meningkatkan hormon stres sebelum tidur.





4. Kurang waktu tidur

Kajian menunjukkan tidur minima 7-9 jam sehari sangat penting bagi kesihatan. Dengan tidur cukup, metabolisme tubuh dijana kembali. Ini juga membolehkan berlakunya keseimbangan pada berat badan, meningkatkan hormon pertumbuhan dan menyembuhkan kelenjar adrenal.

Tahukah anda, menonton TV atau menatap komputer sebelum tidur boleh membuat anda sulit tidur. Jika ingin mempunyai waktu tidur lebih lama, mulai sekarang, sebaiknya tetapkan waktu tidur anda. Gantilah aktiviti menjelang tidur dengan kegiatan santai. Satu atau dua jam sebelum tidur, anda bisa berendam di dalam air hangat ataupun membaca novel. Cara ini dapat melatih diri untuk tidur nyenyak sepanjang malam.

No comments:

Post a Comment

 

Most Reading