Powered by Blogger.

Lebuh Raya Menembusi Bangunan

Friday 8 June 2012


Lebuh Raya Menembusi Bangunan

"Gate Tower Building" adalah merupakan sebuah bangunan 16 tingkat di Osaka, Jepun yang unik di dunia kerana terdapat sebuah lebuh raya yang mempunyai laluan tol menembusinya terletak di antara tingkat 5 hingga tingkat 7.

Jalan tol yang menembusinya adalah merupakan jaringan jalan tol sepanjang 293.3 km. Jalan tol ini adalah sebahagian dari " Hanshin Expressway", jaringan jalan tol yang menghubungkan Osaka, Kobe dan juga Kyoto . Uniknya lagi, penyelenggaraan jalan tol tersebut merupakan penyewa tetap pada tingkat 5 hingga 7 di bangunan ini .

Proses pembinaan bangunan ini sebenarnya telah dimulakan sejak awal lagi namun pada tahun 1983, pembangunan bangunan baru di kawasan ini dihentikan oleh pihak berkuasa tempatan, setelah jalan raya tol yang kebetulan melalui kawasan bangunan ini dimuktamadkan.Namun pemilik gedung ini menolak untuk menyerah, dan tidak mahu memindahkan bangunan tersebut ke tempat lain . Setelah berunding dengan penyelenggara jalan tol selama 5 tahun akhirnya penyelesaian kepada masalah tersebut dijumpai.

Pemilik bangunan menggunakan tiang penyangga ganda untuk melindungi bangunan tersebut dari getaran , dan juga struktur melingkar di sekeliling bahagian yang digunakan untuk ditembusi jalan tol . Bangunan ini akhirnya siap dibina pada tahun 1992 .



No comments:

Post a Comment

 

Most Reading