Powered by Blogger.

Indonesia Bakal Memiliki Menara Tertinggi Di dunia

Thursday 7 June 2012



Hasrat Indonesia untuk memiliki antara menara tertinggi di dunia akan tercapai menerusi pembinaan sebuah menara berketinggian 638 m dengan 111 tingkat yang dinamakan sebagai Signature Tower . Ia di bangunkan oleh seorang usahawan terkemuka Indonesia , Tomy Winata . Ia bakal menyaingi Menara Berkembar Petronas yang dimiliki oleh Malaysia . 


Selain menjadi mercu tanda ibu negara Jakarta, menara itu turut menempatkan ruang hotel mewah dan juga pejabat . 

Pembinaan menara tersebut membabitkan kos sebanyak AS$2 bilion ( RM 6 bilion ) dan dijangka siap dalam lima tahun akan datang . 
Menurut media tempatan , pembinaan Signature Tower di Sudirman Central Business District ( SCBD ) merangkumi kawasan seluas 45 hektar .

Perunding-perunding berkelas dunia yang berpengalaman telah mengambil bahagian dalam perancangan menara tersebut . Usaha membangunkan Signature Tower sebenarnya diinspirasikan daripada keindahan alam , kekayaan budaya Indonesia dan juga akan turut memaparkan elemen kepak sayap burung garuda sebagai simbol negara Indonesia . 

Berdasarkan senarai 100 menara tertinggi di dunia yang dikeluarkan Majlis Bangunan Tinggi dan Populasi Bandar Institut Teknologi Illinois di Chicago, Signature Tower akan menjadi menara tertinggi kelima dunia . 


Walaubagaimanapun , ia masih tidak dapat menandingi bangunan tertinggi pertama di dunia pada masa kini iaitu Burj Khalifa di Dubai yang dibina pada ketinggian 828 meter dengan 163 tingkat . 


No comments:

Post a Comment

 

Most Reading