Powered by Blogger.

Dalam Pahit Ada Manisnya

Sunday 25 November 2012


Saban hari berbagai kisah yang kita lalui , samada dari kisah kita atau dari kisah insan- insan yang lain .

Ekoran daripada itu kitalah juga yang perlu pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yang kita inginkan . Jika kita tahu ada ranjau dan duri di pertengahan jalan, kita boleh memilih jalan lain . Tapi kalau jalan itu juga yang menjadi pilihan hati kita, maka bersedialah untuk menempuhi segala ranjau-ranjau tersebut . Kadangkala permasalahan yang terjadi itu ada baiknya kita menerima sebagai satu dugaan di dalam kehidupan kita . Namun begitu sekiranya kita sengaja menempah kehidupan di dalam kehidupan kita, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkanlah diri kita sendiri kerana tidak tahu menilai antara yang baik dan yang buruk .

Dunia ini dipenuhi dengan berbagai ragam kehidupan . Kita sendirilah yang memilih antara esepian dan juga kesedihan. Manusia adalah makhluk yang mudah merasa sepi walaupun mereka sebenarnya berada di tengah keriuhan alam.

Kita sering menangisi sebuah kematian tetapi sebenarnya kita juga sukar untuk menghargai sebuah  kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan sebuah perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yang kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tidak faham apa yang diketawakan itu. Malah ramainya antara kita yang memuja sebuah percintaan, tetapi apabila sahaja berlaku sebuah perpisahan, hilang sudah semua kebaikan cinta ynag begitu di sanjung tinggi sepanjang perhubungan itu. Jarang benar orang bersedia untuk berpisah kasih secara baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan. Sering kita mendengar suara-suara yang penuh dengan kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini orang itulah yang di dewa-dewakan.

Janganlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan bahawa kehidupan ini adalah penuh dengan kepahitan. Sekiranya kita  memandang dari sudut yang berbeza, banyak lagi kegembiraan yang boleh kita perolehi yang membuatkan kita akan tersenyum samada ketika kita masih mengalaminya ataupun semasa kita mengenangkannya semula.

Pahit dalam sebuah kehidupan itu bukan suatu kesalahan, kerana dengan adanya rasa kepahitanlah maka akan wujudnya sebuah kemanisan apabila kepahitan itu hilang. Kerana dalam cinta ada penolakan, pertengkaran, dan adanya juga perpisahan yang boleh membuatkan semangat hidup kita direntap. Inilah rempah ratus yang membangunkan kita menjadi seorang manusia yang dewasa akal dan fikirannya. 

Kisah Rasulullah Berbicara Tentang Dajal

Wednesday 21 November 2012



Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.

Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; "Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik", tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah; "Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada disamping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim".

Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet. Aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!.

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?", jawab Rasullullah : "Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin.

Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan.

Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; "Keluarkan perbendaharaanmu!" maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.

Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa.

Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut.

Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. "Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit", lalu Allah Taala mengeluarkan Ya'juj dan Ma'juj.

Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; "Sesungguhnya dahulu ada air di sini". Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).

Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya.

Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu. Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t.

Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; "Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!"

Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat.

Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.

Dipetik dari buku "Himpunan Cerita-Cerita Wanita dan Laki-Laki Dalam Al-Quran dan Hadis", Jilid 1, masa. 52. © Hakcipta Terpelihara 1991, Syarikat Nurulhas.

Tips Penjagaan Kesihatan

Saturday 17 November 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera . Pada post kali ini saya ingin berkongsi tentang amalan atau tip-tip penjagaan kesihatan yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian . Aspek penjagaan kesihatan ini memang di titikberatkan di dalam setiap agama . Terdapat pelbagai cara untuk mngekalkan kesihatan diri baik daripada aspek sains mahupun ajaran agama islam sendiri . Antaranya adalah dengan cara :

a ) Bersenam @ beriadah
b ) Mengawal atau menjaga pemakanan

Salah satu amalan yang boleh membantu untuk mengurangkan berat badan adalah dengan mengamalkan minum secawan air teh "O" setiap pagi . Ini telah terbukti berkesan dan insyaAllah boleh membantu untuk mengurangkan berat badan .

Kebaikan rokok yang tidak diketahui ramai


1. Sentiasa Awet Muda

Rambut tidak beruban atau berwarna putih . Rambutnya sentiasa hitam yang membuatkan perokok kelihatan sentiasa macho dan hensem . Setelah menjadi perokok tegar , pelbagai penyakit lagi mudah untuk datang menemani perokok . Sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama beberapa minit , maka dapatlah disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua dimamah usia kerana usia yang yang semakin singkat dan tidak sempat merasai hari tua .

2. Seorang yang pemurah dan baik hati

Merokok dapat melatih seseorang menjadi seorang yang baik hati dan pemurah . Apabila berjumpa dengan kawan terus dipelawa sebatang rokok atau dihulurkan lighter . Baru berkawan pun mudah je hulur rokok . Sifat ini lebih kurang praktis dengan tabiat suka menderma kepada orang miskin , derma untuk mangsa bencana alam seluruh dunia dan banyak lagi .

3. Merokok mengurangkan kadar pengeluaran bahan kimia

Kandungan rokok mengandungi beribu - ribu bahan kima yang sudah tidak digunakan . Contohnya lebihan tar jalan jika di buang boleh meningkatkan kadar pencemaran alam sekitar . Jadi daripada dibuang begitu sahaja , eloklah digunakan sebagai bahan-bahan kimia di dalam rokok . Kebaikannya adalah pembuangan bahan kimia secara haram dapat dikurangkan dengan industri pembuatan rokok .

4. Menambahkan pendapatan doktor

Perokok dapat menambahkan pendapatan seseorang doktor . Ini dapat dibuktikan dengan bilangan perokok yang semakin bertambah setiap hari dan bilangan ini juga akan meningkatkan bilangan pesakit - pesakit kronik seperti sakit jantung , strok , kanser dan sebagainya .

5. Mengawal populasi penduduk dunia

Merokok boleh membantu untuk mengawal kadar populasi dunia yang semakin meningkat dari hari ke hari .
Nak tau kenapa ? Setiap perokok terutamanya perokok tegar mempunyai peluang yang amat tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti barah dan kanser yang merbahaya . Secara mudahnya dapat di simpulkan bahawa kadar lifetime bagi seorang smoker adalah kurang dari seorang non-smoker .

6. Menambahkan pendapatan negara

Jika tiada yang merokok , maka pendapatan negara akan merosot teruk kerana cukai rokok adalah antara sumber pendapatan utama negara . Oleh kerana setiap tahun bilangan perokok semakin meningkat , maka cukai untuk rorok juga semakin bertambah . Ini menunjukkan bahawa perokok adalah salah satu aset utama bagi sesebuah negara .

7. Berkawan dengan Jin

Jin ialah makhluk tuhan yang hidup dengan memakan asap . So, perokok ni adalah merupakan kawan karib kepada jin kerana sentiasa menghembuskan asap rokok . Memang hebat boleh geng dengan jin beb !
 

Most Reading