Powered by Blogger.

Tips Penjagaan Kesihatan

Saturday 17 November 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera . Pada post kali ini saya ingin berkongsi tentang amalan atau tip-tip penjagaan kesihatan yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian . Aspek penjagaan kesihatan ini memang di titikberatkan di dalam setiap agama . Terdapat pelbagai cara untuk mngekalkan kesihatan diri baik daripada aspek sains mahupun ajaran agama islam sendiri . Antaranya adalah dengan cara :

a ) Bersenam @ beriadah
b ) Mengawal atau menjaga pemakanan

Salah satu amalan yang boleh membantu untuk mengurangkan berat badan adalah dengan mengamalkan minum secawan air teh "O" setiap pagi . Ini telah terbukti berkesan dan insyaAllah boleh membantu untuk mengurangkan berat badan .


Al Quran juga ada membantu kita untuk menjaga kesihatan dengan mengamalkan tips-tips berikut seperti :

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik . Air sejuk yang meresap masuk ke dalam badan boleh mengurangkan lemak-lemak yang terkumpul .

2. Amalan Rasulullah pula adalah mengamalkan minum segelas air sejuk pada waktu pagi . Mujarabnya adalah susah untuk mendapat penyakit .. InsyaAllah .

3. Waktu sembahyang sunat disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa ) . Ia boleh mengelakkan kita dari mendapat sakit pening atau migrain . Ini telah di buktikan oleh para saintis yang membuat kajian mengapa dalam sehari kita mesti sujud .
Ahli-ahli saintis tersebut telah menemui beberapa milimiter ruang udara dalam saluran darah yang tidak dipenuhi darah . Dengan bersujud maka akan membolehkan darah-darah mengalir ke ruang-ruang udara tersebut .

4. Dalam sesetengah kitab juga ada menyatakan bahawa tidak elok jika kita mengambil makanan yang bercampur iaitu makanan darat dan juga makanan laut dalam satu hidangan . Nabi S.A.W juga menegah kita makan ikan bercampur susu kerana dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit .
Perkara ini telah dibuktikan di dalam sains di mana contohnya dalam badan ayam mengandungi ion ( + ) manakala dalam makanan laut seperti ikan pula mengandungi ion ( - ) . Jika suapan dalam satu hidangan bercampur antara ayam dengan ikan maka ia akan menghasilkan tindak balas kimia yang boleh merosakkan usus kita .

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan apabila selesai makan hendaklah kita menjilat jari kita . Saintis telah mengkaji tabiat ini dan menyatakan bahawa enzime banyak terkandung di celah-celah jari , iaitu sepuluh kali ganda daripada yang terdapat di dalam air liur . ( enzime adalah merupakan sejenis kimia yang membantu pencernaan makanan dan tanpa enzim ini maka makanan tidak akan hadam ).
  

No comments:

Post a Comment

 

Most Reading