Powered by Blogger.

Dalam Pahit Ada Manisnya

Sunday 25 November 2012


Saban hari berbagai kisah yang kita lalui , samada dari kisah kita atau dari kisah insan- insan yang lain .

Ekoran daripada itu kitalah juga yang perlu pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yang kita inginkan . Jika kita tahu ada ranjau dan duri di pertengahan jalan, kita boleh memilih jalan lain . Tapi kalau jalan itu juga yang menjadi pilihan hati kita, maka bersedialah untuk menempuhi segala ranjau-ranjau tersebut . Kadangkala permasalahan yang terjadi itu ada baiknya kita menerima sebagai satu dugaan di dalam kehidupan kita . Namun begitu sekiranya kita sengaja menempah kehidupan di dalam kehidupan kita, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkanlah diri kita sendiri kerana tidak tahu menilai antara yang baik dan yang buruk .

Dunia ini dipenuhi dengan berbagai ragam kehidupan . Kita sendirilah yang memilih antara esepian dan juga kesedihan. Manusia adalah makhluk yang mudah merasa sepi walaupun mereka sebenarnya berada di tengah keriuhan alam.

Kita sering menangisi sebuah kematian tetapi sebenarnya kita juga sukar untuk menghargai sebuah  kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan sebuah perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yang kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tidak faham apa yang diketawakan itu. Malah ramainya antara kita yang memuja sebuah percintaan, tetapi apabila sahaja berlaku sebuah perpisahan, hilang sudah semua kebaikan cinta ynag begitu di sanjung tinggi sepanjang perhubungan itu. Jarang benar orang bersedia untuk berpisah kasih secara baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan. Sering kita mendengar suara-suara yang penuh dengan kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini orang itulah yang di dewa-dewakan.

Janganlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan bahawa kehidupan ini adalah penuh dengan kepahitan. Sekiranya kita  memandang dari sudut yang berbeza, banyak lagi kegembiraan yang boleh kita perolehi yang membuatkan kita akan tersenyum samada ketika kita masih mengalaminya ataupun semasa kita mengenangkannya semula.

Pahit dalam sebuah kehidupan itu bukan suatu kesalahan, kerana dengan adanya rasa kepahitanlah maka akan wujudnya sebuah kemanisan apabila kepahitan itu hilang. Kerana dalam cinta ada penolakan, pertengkaran, dan adanya juga perpisahan yang boleh membuatkan semangat hidup kita direntap. Inilah rempah ratus yang membangunkan kita menjadi seorang manusia yang dewasa akal dan fikirannya. 

Kisah Rasulullah Berbicara Tentang Dajal

Wednesday 21 November 2012



Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.

Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; "Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik", tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah; "Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada disamping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim".

Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet. Aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!.

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?", jawab Rasullullah : "Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin.

Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan.

Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; "Keluarkan perbendaharaanmu!" maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.

Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa.

Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut.

Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. "Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit", lalu Allah Taala mengeluarkan Ya'juj dan Ma'juj.

Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; "Sesungguhnya dahulu ada air di sini". Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).

Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya.

Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu. Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t.

Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; "Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!"

Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat.

Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.

Dipetik dari buku "Himpunan Cerita-Cerita Wanita dan Laki-Laki Dalam Al-Quran dan Hadis", Jilid 1, masa. 52. © Hakcipta Terpelihara 1991, Syarikat Nurulhas.

Tips Penjagaan Kesihatan

Saturday 17 November 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera . Pada post kali ini saya ingin berkongsi tentang amalan atau tip-tip penjagaan kesihatan yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian . Aspek penjagaan kesihatan ini memang di titikberatkan di dalam setiap agama . Terdapat pelbagai cara untuk mngekalkan kesihatan diri baik daripada aspek sains mahupun ajaran agama islam sendiri . Antaranya adalah dengan cara :

a ) Bersenam @ beriadah
b ) Mengawal atau menjaga pemakanan

Salah satu amalan yang boleh membantu untuk mengurangkan berat badan adalah dengan mengamalkan minum secawan air teh "O" setiap pagi . Ini telah terbukti berkesan dan insyaAllah boleh membantu untuk mengurangkan berat badan .

Kebaikan rokok yang tidak diketahui ramai


1. Sentiasa Awet Muda

Rambut tidak beruban atau berwarna putih . Rambutnya sentiasa hitam yang membuatkan perokok kelihatan sentiasa macho dan hensem . Setelah menjadi perokok tegar , pelbagai penyakit lagi mudah untuk datang menemani perokok . Sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama beberapa minit , maka dapatlah disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua dimamah usia kerana usia yang yang semakin singkat dan tidak sempat merasai hari tua .

2. Seorang yang pemurah dan baik hati

Merokok dapat melatih seseorang menjadi seorang yang baik hati dan pemurah . Apabila berjumpa dengan kawan terus dipelawa sebatang rokok atau dihulurkan lighter . Baru berkawan pun mudah je hulur rokok . Sifat ini lebih kurang praktis dengan tabiat suka menderma kepada orang miskin , derma untuk mangsa bencana alam seluruh dunia dan banyak lagi .

3. Merokok mengurangkan kadar pengeluaran bahan kimia

Kandungan rokok mengandungi beribu - ribu bahan kima yang sudah tidak digunakan . Contohnya lebihan tar jalan jika di buang boleh meningkatkan kadar pencemaran alam sekitar . Jadi daripada dibuang begitu sahaja , eloklah digunakan sebagai bahan-bahan kimia di dalam rokok . Kebaikannya adalah pembuangan bahan kimia secara haram dapat dikurangkan dengan industri pembuatan rokok .

4. Menambahkan pendapatan doktor

Perokok dapat menambahkan pendapatan seseorang doktor . Ini dapat dibuktikan dengan bilangan perokok yang semakin bertambah setiap hari dan bilangan ini juga akan meningkatkan bilangan pesakit - pesakit kronik seperti sakit jantung , strok , kanser dan sebagainya .

5. Mengawal populasi penduduk dunia

Merokok boleh membantu untuk mengawal kadar populasi dunia yang semakin meningkat dari hari ke hari .
Nak tau kenapa ? Setiap perokok terutamanya perokok tegar mempunyai peluang yang amat tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti barah dan kanser yang merbahaya . Secara mudahnya dapat di simpulkan bahawa kadar lifetime bagi seorang smoker adalah kurang dari seorang non-smoker .

6. Menambahkan pendapatan negara

Jika tiada yang merokok , maka pendapatan negara akan merosot teruk kerana cukai rokok adalah antara sumber pendapatan utama negara . Oleh kerana setiap tahun bilangan perokok semakin meningkat , maka cukai untuk rorok juga semakin bertambah . Ini menunjukkan bahawa perokok adalah salah satu aset utama bagi sesebuah negara .

7. Berkawan dengan Jin

Jin ialah makhluk tuhan yang hidup dengan memakan asap . So, perokok ni adalah merupakan kawan karib kepada jin kerana sentiasa menghembuskan asap rokok . Memang hebat boleh geng dengan jin beb !

TEKNOLOGI MASA DEPAN

Sunday 5 August 2012


Suatu masa akan datang...

ada 3 org yg baru bersahabat dtg berehat di sebuah hotel ternama... sedang dok dlm jakuzi...

Tiba-tiba... ada bunyi panggilan telefon, sahabat dari Jerman mengangkat telapak tangannya terus melekap ke telinga dan berbual. Setelah selesai berbual, maka dgn bangganya dia berkata, "teknologi komunikasi di Jerman sudah maju, ada cip di dlm tangan saya seperti inspector gadget."

Kemudian... ada bunyi panggilan telefon lg..., sahabat dari Jepun tiba-tiba bersuara dan berbual selamba. Setelah habis berbual, maka dengan bangganya dia berkata, "teknologi di Jepun lebih maju, ada cip pd lidah dan telinga saya, bebas..."

Selepas itu datang sahabat dari Malaysia baru nak join mandi dlm jakuzi... sahabat dari Jerman dan Jepun menegurnya..."ada tisu masih melekat pd bontot awak"...

Jawab sahabat dari Malaysia ni," oow... itu bukan tisu... sy baru terima faks dari client saya..."

Meniru di dalam peperiksaan


Suatu hari ayah Naim di panggil guru besar sekolah kerana Naim di dapati selalu meniru di dalam ujian . Setiap kali ujian , Naim di dakwa selalu duduk di sebelah Azim .

Ayah : Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian !
Cikgu : Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja .
Ayah : Apa buktinya ?
Cikgu : Nah, ini buktinya kalau encik tak percaya tengoklah sendiri.

Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim.
Soalan pertama : Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia ?
Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

Ayah : Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru ?
Cikgu : Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua .

Ayah Naim melihat soalan yang kedua : Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan ?
Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama ? 31 Ogos 1957 . Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi dapat ditenteramkan untuk membaca soalan yang selanjutnya .

Soalan Ketiga :Siapakah yang duduk di sebelah Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka ?
Azim menulis : Maaf , saya tak tahu .
Naim menulis : Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu !!!

Telan ikan hidup untuk ubati asma

Friday 8 June 2012




HYDERABAD - Puluhan ribu penghidap asma menyerbu sebuah stadium di sini, selatan India semalam untuk menelan ikan sardin hidup yang dilumur ubat herba bagi mengubati masalah pernafasan mereka.
Laman berita Newser melaporkan, kaedah perubatan ganjil itu yang diasaskan oleh keluarga Bathini Goud, dikritik oleh kalangan doktor perubatan moden.
Namun, kritikan mereka gagal menghalang orang ramai daripada mengunjungi keluarga berkenaan pada setiap tahun selepas ramai pesakit mendakwa sembuh selepas mendapat rawatan tersebut.
Keluarga Goud mendakwa mereka menerima resipi ubat asma tersebut daripada seorang pendita Hindu sekitar 170 tahun dahulu.
Mereka memberikan ubat unik tersebut kepada pesakit secara percuma pada setiap tahun tetapi enggan mendedahkan ramuannya.
Menurut seorang ahli keluarga Goud, pendita tersebut memberi amaran bahawa ubat itu tidak berkesan jika dikomersialkan. - Agensi

---SUMBER--

Toyota 86 Semangat Hachi-roku





PARA peminat kereta sport sebenar perlu berterima kasih kepada Akio Toyoda. Ini kerana Presiden Toyota Motor Corporation itulah yang bertanggungjawab memperkenalkan kembali DNA “Fun to Drive” ke dalam produk Toyota.
Toyota sebelum ini cukup terkenal sebagai pengeluar kereta sport mampu milik dan berbeza dengan jentera sport Eropah. Keunikan dan kemampuan yang ada padanya membuatkan kereta sport keluaran Toyota pantas mencetus fenomena serta terus diingati hingga ke hari ini.
Namun, macam biasa detik-detik indah itu tidak kekal lama. Sedia maklum bahawa demi mendapatkan skala ekonomi dalam penghasilan sesebuah model, banyak aspek yang perlu diambil kira. Model untuk massa dan boleh dijual dalam volum yang tinggi diberi perhatian. Sementara produk untuk segelintir peminat pasti mudah dilupakan.
Jadi tidak hairanlah jika Toyota sudah lama tidak membina kereta-kereta sport murah seperti Celica, Supra atau Levin sebagaimana yang pernah dilakukannya pada tahun 1980-an. Segmen itu dibiarkan vakum begitu lama tanpa diisi oleh mana-mana produk yang mampu merangsang selera peminat sebenar kereta untuk membeli sebuah Toyota.
Initial D
Mujurlah sejak cucu kepada pengasas Toyota itu mengambil-alih syarikat, hala tujunya sudah berubah. Model-model konsep yang kembali memberi perhatian kepada aspek keseronokan dan dinamik pemanduan kembali dibina. Perubahan itu nyata berjaya membuatkan dunia kembali memandang ke arah Toyota.
Contoh paling ketara pastinya model konsep Toyota FT86 yang membuat debut pada Tokyo Motor Show 2009. Sejak itu, peminat sudah seakan-akan tidak sabar lagi hendak menunggu produk akhirnya. Penantian itu terjawab apabila Toyota memperkenalkan Toyota 86 secara rasmi pada Tokyo Motor Show 2011.
Untuk membina 86 yang juga dikenali sebagai hachi-roku dalam bahasa Jepun itu, tiga model sport Toyota sebelum ini dijadikan rujukan. 86 sebenarnya diinspirasikan daripada legasi kejayaan model Toyota AE86 Levin/Trueno yang dibina pada tahun 1980-an.
Kemasyuran AE86 banyak dibantu oleh siri komik, animasi dan filem Initial-D. Jadi, permintaan terhadap jentera itu bukan main-main. Jangan terkejut kalau anda terpaksa mengeluarkan wang mencecah RM40,000 untuk kereta tahun 1980-an. Itulah harga untuk sebuah kereta yang sudah sampai ke tahap legenda.

Selain AE86, DNA 86 turut mengadun karakteristik dua lagi model sport ikonik Toyota iaitu Toyota Sports 800 dan Toyota 2000GT. Daripada Toyota Sports 800, dinamik pemanduan formula FR (enjin hadapan-pacuan roda belakang) dan enjin Boxer diaplikasikan kepada 86. Sementara Toyota 2000GT pula lebih kepada aspek penggayaan, terutama profail tingkap dan reka bentuk sebuah coupe.
Pembangunan 86 merupakan hasil kolaborasi Toyota dengan Subaru (satu divisyen Fuji Heavy Industries, FHI) yang memang mahir dalam penghasilan sedan sport berprestasi tinggi. Versi 86 untuk Subaru ialah BRZ. Antara perbezaan di antara kedua-duanya ialah suspensi hadapan BRZ dikatakan lebih keras berbanding 86.
Bagi memastikan pengendalian 86 benar-benar bagus, ujian-ujian ekstensif telah dijalankan di Jepun, Eropah dan Amerika Utara. Malah, bukan sedikit masa yang dihabiskan oleh pasukan jurutera Toyota di litar Nurburgring, Jerman bagi memastikan jentera tersebut menawarkan kualiti pemanduan dan pengendalian gred A.
86 dibina di atas platform baharu yang rendah dan aerodinamik. Ia menggunakan konsep aerodinamik yang dipanggil “Konsep Sandwich”. Maksudnya, kereta itu ditekan ke atas jalan raya dari arah atas, bawah dan sisinya. Ini sekali gus memberikan 86 tahap kestabilan yang cukup tinggi.
Kerjasama di antara Toyota dan Subaru juga dipanjangkan ke dalam pembinaan enjin untuk 86. Enjin Boxer aspirasi biasa (Naturally Aspirated) itu adalah hasil daripada pengetahuan Toyota dan Subaru dalam penghasilan kereta sport. Kali terakhir kereta Toyota menggunakan enjin Boxer dengan reka bentuk flat four itu ialah pada model Toyota Sports 800.
Enjin Boxer dipilih kerana ia mampu menawarkan kuasa low end torque yang kuat dan janaan kuasa lebih linear. Kedudukan enjin Boxer juga rendah. Ia sekali gus menyumbang kepada titik graviti yang rendah, faktor penting untuk pengendalian dan kestabilan.
Saya sempat menguji jentara idaman ramai itu untuk tiga pusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sehari sebelum pelancaran rasminya diadakan.
Tayar mesra alam
Apa yang boleh saya beritahu, 86 boleh membuatkan anda tidak kisah untuk memecut di litar sehari suntuk. Kuasa enjin dan dinamik pengendaliannya betul-betul boleh menjadikan sesiapa sahaja ketagih untuk meneroka setiap selekoh yang ada di SIC.

Apa yang menarik tentang 86 ialah jentera tersebut tidak memerlukan tayar berprestasi tinggi untuk menyerlahkan prestasinya. Malah, tugas itu boleh diserahkan kepada tayar mesra alam bersaiz 215/45R17 tanpa sebarang masalah.
Bagi memenuhi kehendak bakal pembeli yang berbeza, UMW Toyota Motor menawarkan 86 dengan varian manual dan automatik enam kelajuan.
86 tidak berkompromi dengan tahap keselamatan. Secara pasifnya, pemandu dan penumpang 86 dilindungi oleh tujuh beg udara. Tidak cukup dengan itu, kolum stereng dan pedalnya juga akan ‘terlipat’ sekiranya berlaku kemalangan.
86 juga dipasang dengan pelbagai sistem keselamatan kenderaan terkini termasuklah ABS pada keempat-empat roda, selain Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Traction Control (TRC) dan Vehicle Stability Control (VSC). Mode VSC boleh diubah mengikut kemahuan pemandu dan kondisi pemanduan.
Jurutera Toyota cuba sedaya upaya untuk menjadikan kabin 86 sebagai sebuah kokpit kereta sport yang sebenar. Bentuk dan kedudukan semua butang kawalannya mengutamakan fungsi serta mudah digunakan. Pendek kata, di dalam kabin sporty berwarna hitam tersebut, jentera dan pemandunya bersatu.
86 mengetengahkan konfigurasi tempat duduk 2+2. Pemandu dan penumpang hadapan dialu-alukan oleh sepasang tempat duduk jenis semi-bucket yang menyokong tubuh dengan selesa apabila kenderaan itu meluncur di atas jalan raya.
Anda juga tidak akan terlupa sedang memandu sebuah 86 kerana logo nombor 86 yang ditempa di atas dua omboh itu ada di mana-mana. Ia ada di tengah-tengah stereng, corong pendingin hawa, jahitan pada tempat duduk dan gelung meter.


Pada harga RM243,000 (automatik) dan RM249,000 untuk transmisi manual, 86 bukan untuk semua orang sebagaimana sepatutnya. Malah, tidak kurang yang berpendapat bahawa model itu sebenarnya overprice.
Biarpun begitu, 30 unit 86 sudah ada pemiliknya. UMW Toyota Motor meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 140 unit 86 bagi tempoh suku kedua tahun ini. Saya tidak nampak itu satu masalah yang besar pun. Silap-silap, angka itu boleh dicapai dalam masa yang singkat.
Bagi mereka yang tidak mampu membelinya sekarang, jangan sedih dahulu. Sebabnya, Ketua Jurutera projek Toyota 86, Tetsuya Tada memberitahu 86 ialah kereta sport pertengahan. Maksudnya, akan ada kereta sport entry level dan premium daripada Toyota. Malangnya, bilakah masa itu akan tiba, tiada siapa yang tahu. Jadi, banyak-banyakkan berdoa.

Komputer Paling Canggih Di Masa Kini


Korang jangan ingat komputer xley wat transparent .  Apple punyer komputer pon x keluarkan lagi versi macam ni ..kekeke..

10 Laptop Paling Canggih

1. 2015 Compenion Laptop





Felix Schmidberger mereka sebuah laptop untuk tahun 2015 dengan layar sentuh OLED. Komputer itu sendiri memiliki OLED touchscreen. Mirip dengan PDA atau iPhone. Skrinya adalah slider,dapat dipindahkan ke depan untuk membuka touchscreen OLED kedua di bawah, yang mana terdapat keyboardnya seakan 2 monitor. Ini jadi juara karena ke’portable-an’nya (haha bahasa aku..) yang lebih daripada yang lain .

2.  TYPE-N01 Emergency Laptop




NEC telah bekerja sama dengan Takara untuk menciptakan laptop yang mana semua token stiker, label, dan bahkan wallpaper yang membuat perangkat ini serupa dengan yang terlihat di makmal filem Duke Nukem. Di kiri dan kanan skrin 15.4 inci ialah “Tombol Darurat”, yang akan men-shutdown laptop apabila di saat kecemasan. Tapi jangan salah guna untuk melayari website porno kemudian tekan tombol apabila hampir nak terkantoi hahaha.

3. Fujitsu’s DJ Laptop





Fujitsu’s DJ Laptop, memiliki layar LCD 20-inch utama dengan mudah dilipat ditutup untuk mengaktifkan fungsi turntable, yang dapat diakses melalui layar sentuh yang sensitif di bahagian luar. Laptop ini memungkinkan Anda memilih semua trek kegemaran anda. Glamer beb kalau DJ guna ini termasuk DJ pada majlis kenduri kahwin.

4. Canova’s Dual Screen Laptop




Dual Touch Screen Laptop dari Canova ini adalah design notebook yang sangat sangat kreatif. Ciri-ciri notebook ini adalah dual display dengan layar sentuh yang sensitif, buku gambar, musik , kertas grafik, pena elektronik dan perangkat keras khusus untuk melancarkan fungsinya. Malangnya, ini hanya dijual di Itali dan Australia jer. Macam ebook jer aku tengok, sesuai untuk IM.

5. Girly Laptop



Sebut betul-betul, bukannya geli laptop. Dari design dan warnanya kita tahu laptop khas ini untuk wanita tetapi lelaki yang suka warna pink pun boleh juga kalau nak pakai. Sesuai untuk wanita yang suka kelihatan feminin , mungkin HP akan mula menjual laptop ini pada tahun ini. Sesuai juga untuk si macho hahaha..

6. Thinkpad Reserve Edition




Untuk sesiapa yang suka dengan touchscreen. canggih kan?

7, Ergonomic Dual Screen Split Keyboard Notebook




Apa yang luar biasa dari laptop ini tidak hanya keyboard ‘berpecah dua untuk memberikan ruang lebih pengguna komputer untuk menyesuaikan tangan mereka, tetapi ia memiliki LCD kedua tersembunyi di bawahnya. Sebuah idea yang fantastik. Skrin kedua bekerja dengan skrin pertama – yang memberi pengguna fitur “drag and send” untuk membuka window atau program. Dapat bertindak secara independen sebagai input dari stylus untuk mencatat, melukis, dan hal-hal lain. Hal ini membuat EDSSKN yang luar biasa tidak hanya bermanfaat bagi penulis dan blogger, tapi seniman dan designer juga bro!

8.  Datamancer’s Steampunk Laptop





Mungkin seperti kotak musik dari zaman dulu, tapi didalamnya sebenarnya adalah Hewlett-Packard ZT1000 yang dibuat dari kerangka kayu ukir yang dapat mengoperasikan Windows XP dan Ubuntu Linux. Memberikan ciri-ciri yang rumit di bawah clockworks skrin kaca, kunci , kaki kayu, sebuah keyboard antik tembaga dan disesuaikan dengan network card. Laptop ini di ‘on’kan dengan menggunakan kunci antik . Di buat dari bahagian-bahagian jam antik. Sesuai untuk pencinta barangan antik dan klasik. Retro habis ni beb..

9.  Orkin’s Rolltop



Orkin’s Rolltop ialah “Notebook” yang mempunyai dengan skrin LED yang fleksibel yang juga multitouch bagi mereka yang gila dengan iPhone. Apabila dibuka, Notebook ini akan menjadi sebuah 17 ” flatscreen. Tetapi juga dapat dilipat menjadi 13″ jika diperlukan. Yang pasti ianya portable giler yang senang di bawa untuk melepak di kedai mamak 

10. The Million Dollars Laptop



Luvaglio pencipta barang barang mewah yang bertapak di UK telah mencipta laptop pertama bernilai jutaan dolar. Keterangan lengkap tentang spesifikasi laptop belum direlease pada saat ini, tetapi diketahui bahawa ia memasukkan 17 “lebar skrin LED yang direka khas anti-glare coating reflektif untuk gambar yang jelas dan terang. 128GB Solid State Disk dan slot loading Blue-Ray drive. Ada sebuah peranti pembersih layar yang berintegrasi dan berlian berwarna yang jarang ditemui yang juga berfungsi sebagai butang power ketika ditempatkan ke dalam laptop, dan juga bertindak sebagai pengenalan keselamatan.

Kisah Teladan Untuk Renungan Bersama


Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).

Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.

Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah:

1. Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).

2. Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.

3. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya.

Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4, manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah:

1. 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

3. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.

4. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

5. Wang tunainya di bank (persendirian) diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.

6. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

7. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya.

Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.


---SUMBER---

Siapakah John @ Jane Doe ?



Tentu anda masih ingat pada watak yang dibawakn oleh Dominic Purcell sebagai John Doe tidak lama dahulu . Season untuk cerita ini memang menjadi kegemaran ramai namun adakah anda mengetahui kisah benar di sebalik nama John Doe ini ?

Di Amerika Syarikat , seseorang yang tidak dikenali identitinya telah digelar dengan nama John Doe ( cuba ingat kembali peristiwa pengeboman Pejabat FBI di Oklahama, Amerika Syarikat pada tahun 1995 ).Dan orang yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu adalah merupakan seorang wanita yang di berikan gelaran sebagai Jane Doe .

Kebiasaan menggelarkan John atau Jane Doe ini sebenarnya berasal daripada peristiwa pembunuhan Presiden Amerika, McKinley, di hari Jumaat 6 September 1901. Pembunuh tersebut , Leon F. Czolgosz, telah menginap disebuah hotel iaitu Riggs House Hotel sebelum hari pembunuhan . Ketika menginap di hotel tersebut , Leon telah menggunakan nama samaran iaitu John Doe dan nama samaran itulah yang diguna pakai oleh pihak polis ketika mengesan dan menyoal siasat dirinya .

Akhirnya ia telah menjadi satu kebiasaan di dalam masyarakat Amerika di mana seseorang yang tidak dapat dikenal pasti identitinya akan digelar sebagai John Doe.

Ibu Bapa Bukan Satu Beban




Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya…

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak…

“Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,
isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ‘sporting’ dan
tidak banyak meragam.

“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak
ada duit,” Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,
sukar ditembak reaksinya.

” Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

“Takkan 5 ringgit?”

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit….Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan
pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.
Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ‘untung’ 5
ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke
kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah
akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas
untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi
saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk
diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap
tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak
terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ‘tidak ada’,
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan
semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi
selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih
ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami
sendiri.

“Nanti, besarlah kereta kamu ini….” ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya,
ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

” Eh tak payahlah ayah…” sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,
hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau
tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

“Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ‘dikebas’ oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke
kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak
saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya
sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara
gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi
kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang
berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:

” Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

“memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,
keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ‘perniagaan’ yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam
mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri
walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

--- SUMBER---

Lebuh Raya Menembusi Bangunan


Lebuh Raya Menembusi Bangunan

"Gate Tower Building" adalah merupakan sebuah bangunan 16 tingkat di Osaka, Jepun yang unik di dunia kerana terdapat sebuah lebuh raya yang mempunyai laluan tol menembusinya terletak di antara tingkat 5 hingga tingkat 7.

Jalan tol yang menembusinya adalah merupakan jaringan jalan tol sepanjang 293.3 km. Jalan tol ini adalah sebahagian dari " Hanshin Expressway", jaringan jalan tol yang menghubungkan Osaka, Kobe dan juga Kyoto . Uniknya lagi, penyelenggaraan jalan tol tersebut merupakan penyewa tetap pada tingkat 5 hingga 7 di bangunan ini .

Proses pembinaan bangunan ini sebenarnya telah dimulakan sejak awal lagi namun pada tahun 1983, pembangunan bangunan baru di kawasan ini dihentikan oleh pihak berkuasa tempatan, setelah jalan raya tol yang kebetulan melalui kawasan bangunan ini dimuktamadkan.Namun pemilik gedung ini menolak untuk menyerah, dan tidak mahu memindahkan bangunan tersebut ke tempat lain . Setelah berunding dengan penyelenggara jalan tol selama 5 tahun akhirnya penyelesaian kepada masalah tersebut dijumpai.

Pemilik bangunan menggunakan tiang penyangga ganda untuk melindungi bangunan tersebut dari getaran , dan juga struktur melingkar di sekeliling bahagian yang digunakan untuk ditembusi jalan tol . Bangunan ini akhirnya siap dibina pada tahun 1992 .



Indonesia Bakal Memiliki Menara Tertinggi Di dunia

Thursday 7 June 2012



Hasrat Indonesia untuk memiliki antara menara tertinggi di dunia akan tercapai menerusi pembinaan sebuah menara berketinggian 638 m dengan 111 tingkat yang dinamakan sebagai Signature Tower . Ia di bangunkan oleh seorang usahawan terkemuka Indonesia , Tomy Winata . Ia bakal menyaingi Menara Berkembar Petronas yang dimiliki oleh Malaysia . 


Selain menjadi mercu tanda ibu negara Jakarta, menara itu turut menempatkan ruang hotel mewah dan juga pejabat . 

Pembinaan menara tersebut membabitkan kos sebanyak AS$2 bilion ( RM 6 bilion ) dan dijangka siap dalam lima tahun akan datang . 
Menurut media tempatan , pembinaan Signature Tower di Sudirman Central Business District ( SCBD ) merangkumi kawasan seluas 45 hektar .

Perunding-perunding berkelas dunia yang berpengalaman telah mengambil bahagian dalam perancangan menara tersebut . Usaha membangunkan Signature Tower sebenarnya diinspirasikan daripada keindahan alam , kekayaan budaya Indonesia dan juga akan turut memaparkan elemen kepak sayap burung garuda sebagai simbol negara Indonesia . 

Berdasarkan senarai 100 menara tertinggi di dunia yang dikeluarkan Majlis Bangunan Tinggi dan Populasi Bandar Institut Teknologi Illinois di Chicago, Signature Tower akan menjadi menara tertinggi kelima dunia . 


Walaubagaimanapun , ia masih tidak dapat menandingi bangunan tertinggi pertama di dunia pada masa kini iaitu Burj Khalifa di Dubai yang dibina pada ketinggian 828 meter dengan 163 tingkat . 


4 Tabiat buruk yang boleh memendekkan umur



Di dalam banyak hal, ramai berpendapat umur semakin meningkat, tetapi hakikatnya umur sebenarnya semakin menurun, semakin pendek. Dan ada banyak penyebab yang memendekkan lagi umur kita.

4 Kebiasaan di bawah ini yang akan memperpendek umur. Seorang pakar kesihatan, JJ Virgin, mengenalpasti empat kebiasaan sehari-hari yang buruk yang boleh menyebabkan pendek umur.




1. Melewatkan sarapan

Tubuh baru saja 'berpuasa' semalaman sehingga harus mendapatkan tenaga di pagi hari. Agar tubuh kembali bertenaga, anda perlu bersarapan seimbang yang mencakupi protein, lemak, dan karbohidrat sebelum melakukan apa-apa kegiatan. Hati-hati, jika terbiasa tidak sarapan, tubuh anda akan mudah lemas dan tidak bersemangat. Anda akan tampak letih dan tua sebelum waktunya.




2. Tidak bersukan

Jika anda berfikir mendapatkan keseimbangan berat badan hanya melalui diet saja, itu tidak akan berjaya. Anda tetap perlu bersukan. Sukan sangat penting untuk merangsang respon fizik dan hormon yang diperlukakan untuk membangunkan otot dan tulang, serta membakar lemak.



3. Mengambil snek di malam hari

Kebiasaan makan snek di waktu malam sebelum tidur, akan menyebabkan proses pembakaran lemak tidak berlaku dengan baik dan ini akan meningkatkan hormon stres sebelum tidur.





4. Kurang waktu tidur

Kajian menunjukkan tidur minima 7-9 jam sehari sangat penting bagi kesihatan. Dengan tidur cukup, metabolisme tubuh dijana kembali. Ini juga membolehkan berlakunya keseimbangan pada berat badan, meningkatkan hormon pertumbuhan dan menyembuhkan kelenjar adrenal.

Tahukah anda, menonton TV atau menatap komputer sebelum tidur boleh membuat anda sulit tidur. Jika ingin mempunyai waktu tidur lebih lama, mulai sekarang, sebaiknya tetapkan waktu tidur anda. Gantilah aktiviti menjelang tidur dengan kegiatan santai. Satu atau dua jam sebelum tidur, anda bisa berendam di dalam air hangat ataupun membaca novel. Cara ini dapat melatih diri untuk tidur nyenyak sepanjang malam.

Kenapa Perempuan Membenci Lelaki, Dan Kenapa Pula Lelaki Membenci Perempuan ?





---Sebab-sebab perempuan benci lelaki..

1. Lelaki tak matang

Biasanya, lelaki lambat capai kematangan berbanding perempuan. Perangai lelaki yang macam budak-budak membuatkan perempuan jelik, dan menyampah pada lelaki.

2. Kecewa dengan lelaki

Dikecewakan ni skop paling luas. Biasala, perempuan yang terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam perhubungan pasti akan frust menonggeng bila dia ditinggalkan, lebih teruk lagi dipermainkan. Masa ni la ayat standard perempuan "lelaki semua sama, teruk".

3. Lelaki pemarah

Lelaki ni masa awal-awal kenal tak nak tunjukkan perangai sebenar. Bila dah ada ikatan, baru nak tunjukkan yang dia cepat naik angin, suka maki hamun, dan kaki pukul. Perempuan memang benci lelaki yang pemarah (walaupun dirinya pun suka marah-marah =p).

4. Lelaki tak faham perempuan.

Sebagai perempuan, mesti la nak tumpuan daripada yang tersayang. Tapi, lelaki ni selalu buat tak endah. Masa mengorat dulu bukan main caring. Sekarang, contact seminggu sekali je.

5. Lelaki ego

Kalau berbincang satu hal, asyik lelaki je nak menang. Ego, tak nak kalah. Perasaan perempuan selalu diketepikan. Asyik perempuan je kena mengalah.

Jarang jumpa lelaki yang betul-betul anti dengan perempuan. Kalau ada pun, alasannya tak banyak. Alih-alih, alasan yang macam ni jugak lelaki bagi:


-- Sebab-sebab lelaki benci perempuan--

1. Perempuan obses

Perempuan ni, bila dah minat kat satu-satu benda mesti obses. Contohnya minat kat Aaron Aziz. Asyik Aaron Aziz je yang keluar dari mulut dia. Lelaki dah la tak suka bila perempuan puji lelaki lain depan dia !!

2. Perempuan tak faham lelaki

Lelaki rasa dikongkong. Tak bebas. Asyik kena mesej, kol selalu. Tau la nak perhatian. Tapi tak kan orang nak keluar dengan kawan-kawan pun kena sambil mesej jugak. Rimas..

3. Perempuan cepat tacing

Bila ada salah faham sikit, merajuk, nangis. Ini la perempuan. Asyik nak kena pujuk. Lama-lama lelaki boleh rasa bosan dan jelik. Sekali-sekala tak pe la lagi. Bila dah selalu, selamat tinggal la Juliet. (Hal ni jadi alasan biasa lelaki tinggalkan perempuan).

4. Lelaki benci perempuan sebab..

Sebab perempuan tu minat lelaki yang sama dia minat.  Haha..!


---Pesanan penaja---

Persefahaman tu penting kn... kita kena faham dia... dan dia pun kena faham kita... kena terima keburukan atau kelemahan dia seadanya sbb dia gak yg akn teman hidup kita...

Kenapa "orang yang mengumpat perlu di berikan penghargaan"?




1. Bila kita kena umpat, itu maknanya orang tu ingat kita... Hmmmm, terharunya saya...

2. Orang yang mengumpat sebenarnya orang yang 'baik' sebab dia nak transfer pahala dia pada kita. Alahaiiii susah-susah aje tau..

3. Orang yang mengumpat adalah penggemar setia kita yang banyak menghabiskan masa memikirkan kesalahan dan kelemahan kita. Jadi secara realitinya, si pengumpat telah mengakui kehebatan kita. Syukur alhamdulillah...

4. Si pengumpat sebenarnya cemburu dengan kita. Ye ke?! Alahaiiii la engkau...

5. Si pengumpat nak jadi macam diri kita. Sebab tu dia mengumpat kan?!

Ini cerita tentang "Crayon"



ini cerita tentang crayon...cerita tentang kehidupan, cerita tentang rasa. apa kene mengenanya kaler yg bermacam jenis ni dgn kehidupan??? unggu, merah, biru, kuning, jingga, kelabu event hitam. Dan kalau diberi pilihan aku ingin menjadi crayon pepel, tegas namun penuh kasih sayang ----> euuuuuuwww...!

Dan sebenarnya dah menjadi lumrah hidup, kita hanya akan menggunakan warna2 ceria penuh warnawarni untuk mewarnakan 'lukisan' kita kan...??? Pastinya aku jugak akan mengunakan warna2 yg punyer daya penarik atau dgn kata lain yg ossem2 sajer pada perkiraan mata aku. tapi sedar tak kita, sebenarnya hidup kita jugak memerlukan warna2 suram, kelabu dan gelap jugak.

Cuba pandang hari2 kita sendiri. kita xselalunya akan ketawa kan....!!! kita akan ketawa dan kadang2 akan menangis jugak!!! Hidup kita penuh dgn suka dan duka. Cuba lihat pelangi yg penuh dengan warna2 ceria. tapi sedar tak kita, warna2 ceria ni hanya akan muncul selepas datangnya suasana gelap dan suram.!

Hidup takkan selamanya berwarna ceria....andai suatu masa hidup kita dilanda gelita, ingatlah DIA sentiasa bersama kita...!!!

'aku mungkin bukan antara 'crayon' yang menyerlah atau mungkin bukan 'crayon' terbaik, atau aku mungkin bukan 'crayon' pilihan siapa2, tapi sekurang2nya i'm still in the box.'

--Sumber--

Kenapa lelaki tak pandai pujuk perempuan ?

Wednesday 6 June 2012

1. Egois yang melampau

- Realitinya semua lelaki pandai memujuk malah kalau kene pada gayanye , kejap jer pompuan tu boleh cair . Tapi tu berlaku pada sesetengah orang yang dia suka saja la .. kekeke..
- Tapi disebabkan oleh sifat keegoan yang kadang2 melampau dalam diri sesetengah lelaki menyebabkan sifat pandai memujuk ataupun romantis itu lenyap terus daripada diri lelaki tersebut ( tapi 2 lumrah la beb .. tak ego bkn laki la namenye )

2. Susah nak beremosi

- Bila perempuan da merajuk , lelaki akan terpikir " mcmane ak nak buat tuk pujuk dia ni".. amat jarang lelaki yang akan menunjukkn emosi secara terang2an ..mereka akan diam dan berfikir jln trbaik utk memujuk buah hati @ wife mereka .
- kalau lambat tindakan yang diambil laki trsebut , mesti perempuan tu menganggap lelaki trsebut tidak memahaminya . Tapi jika difikirkan balik betul gak sbb ak kdg2 sbgai lelaki pon ssh nak beza pompuan ni samada merajuk kerana marah tau pon merajuk krana lelaki trsebut tidak mengambil berat trhadap perasaannya .

3. Faktor Didikan

- Erk, ada ke orang didik supaya jangan pujuk orang? Ada ke? Adeh, ada laa kot.. Ye la, melayu kita ni kan jarang nak jumpa laki2 yang romantik.. Kalau yang romantik sangat tu, mau pompuan muntah plak kan... Inilah sebab da biasa tgok laki melayu tak romantik.. Tak macam laki LOMBOK,laki BANGLA,terer mengayat. Tapi ape pun,saya tetap sokong laki melayu!! Kekekeke!

Haaaa, niey la lagi stu slogan orang pompuan ''Ye,saya paham awak busy", laki pun akan kata  "Oraite" Erkk.. slogan niey kan berkias sebenarnye, nak laki tu jangan la busy sangat, kadang2 tu layan la si gadis tu kan..Yang laki nie plak jenis straight to the point je.. Ha3 ..! JADI SEMUA KENA LA SALING FAHAM MEMAHAMI ..
 

Most Reading